Resensi Buku? Book review?
- GPM SK Pantai
- Mar 7, 2020
- 2 min read
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi, bertemu lagi kita di blog Pusat Sumber SK Pantai. Anda sudah membaca buku pada hari ini? Tahniah, teruskan amalan membaca sebagai budaya kita. Kalau belum, go get a book nya urang Brunai. Baibun nganya aah ..
Kembali ke tajuk di atas. Apakah resensi buku? What is a book review?
Secara ringkasnya resensi buku ialah satu bentuk penulisan kritikal di mana sebuah buku dinilai melalui cara penyampaian dan isi kandungan sesebuah buku.Resensi buku boleh menjadi penulisan ilmiah, pendapat peribadi, pujian mahupun kritikan. Penulisan resensi kadangkala menentukan samada buku itu akan menjadi punca ingin tahu seseorang untuk membaca buku tersebut, ataupun menyebabkan orang langsung tidak berminat.
Nampak tidak betapa pentingnya penulisan resensi buku?
Untuk pemahaman yang lebih santai, bayangkan kita menonton sebuah filem, cerita atau kartun. Apabila kita bercerita tentang sesebuah filem, kita seringkali menyimpulkan plot cerita secara keseluruhan, genre, watak utama dan adegan-adegan penting. Kita juga menyatakan emosi, pendapat dan perkaitan filem itu dengan kisah sebenar atau kehidupan seharian. Kita juga turut menyatakan bagaimana filem itu memberi impak dalam kehidupan.
Saya beri contoh ya.
Oleh kerana saya amat meminati Tan Sri P. Ramlee maka saya akan mengambil contoh dari filem lakonan Allahyarham.
Tajuk Filem : Ibu Mertuaku
Filem ini mengisahkan tentang percintaan seorang pemuzik (Kassim Selamat) dan seorang gadis (Sabariah) dari keluarga berada yang mendapat tentangan daripada ibu kepada gadis tersebut, Nyona Mansor.
Bermula dengan jatuh cinta melalui nyanyian di radio, menyebabkan Sabariah menolak pinangan Dr Ismadi yang menjadi pilihan ibunya, Nyonya Mansor.
Keadaan menjadi tegang apabila Nyonya Mansor memaksa Kassim Selamat dan Sabariah melangsungkan pernikahan secara tiba-tiba. Namun begitu, setelah bernikah, keadaan menjadi semakin buruk kerana Sabariah yang tidak tahan hidup susah bersama Kassim Selamat.
Pendapat saya tentang watak Kassim Selamat, pada mulanya dia seorang yang naif, percaya bahawa Sabariah sanggup sehidup semati. Watak tragis, yang akhirnya buta semata-mata mempertahankan egonya, tidak mahu diselamatkan oleh Dr Ismadi sebagai ganti mengambil Sabariah.
Watak yang paling saya tidak suka, ialah Dr Ismadi, sanggup mengambil isteri orang, hanya kerana dia seorang yang ada-ada, malahan tidak professional, sengaja menyakitkan hati Kassim Selamat, sebaik sahaja matanya sembuh dari pembedahan.
Begitulah serba sedikit resensi filem Ibu Mertuaku yang telah saya tonton. Sekarang gunakan resensi itu pula untuk sebuah buku.
Nyatakan plot, genre, watak-watak, perasaan kita sebagai pembaca, impak dan segalanya yang anda ingin sampaikan dalam resensi buku anda. Resensi buku yang baik terhasil daripada kefahaman kita terhadap buku yang kita telah baca.
Sekian sahaja untuk kali ini, nantikan post yang seterusnya, bagaimana untuk menjadi seorang Tokoh Nilam.
Sehingga berjumpa lagi,
Comments