Budayakan minat membaca
- GPM SK Pantai
- Mar 7, 2020
- 1 min read
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web Pusat Sumber (PSS) SK Pantai WP Labuan.
Sebagai usaha mempromosikan PSS SK Pantai, laman web ini telah diwujudkan bagi memberi peluang masyarakat khasnya warga SK Pantai, murid-murid, ibu bapa dan komuniti terdekat untuk mendekati PSS SK Pantai.
Fungsi sebuah PSS tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membudayakan sikap membaca di kalangan masyarakat terutama di kalangan anak-anak kita. Dalam dunia siber serba moden ini, kita tidak dapat lari daripada kecanggihan telefon bimbit dan tidak keterlaluan saya katakan menyebabkan masyarakat kita kurang membaca.
Oleh itu, ayuh ibu bapa sekalian, marilah kita bersama-sama berganding bahu, bina kerjasama erat antara PSS dan ibu bapa (kita akan sertakan komuniti pada masa akan datang) dalam memupuk sikap suka membaca agar anak-anak kita menjadi insan yang terisi mindanya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Semoga selepas ini PSS akan semakin maju dan cemerlang demi menggarap kemenjadian anak-anak SK Pantai.
SKP Mantap!

Comentarios